KEPERLUAN GURU MEMPUNYAI BLOG SENDIRI
Pada pendapat saya,
saya amat bersetuju jika seseorang guru mempunyai blog sendiri kerana
seseorang guru itu dapat banyak manfaatnya. Namun ianya bergantung
kepada keperluan semasa. Jika guru yang mengajar sekolah menengah saya
rasa amat penting seseorang guru itu mempunyai blog, namun untuk guru
yang mengajar sekolah rendah ianya bergantung kepada keperluan guru itu
sendiri. Antara kebaikan mempunyai blog sendiri ialah :
1.
Dapat meluahkan idea atau harapan kepada pelajar. Proses meluahkan idea
mampu mencabar pemikiran pelajar dan sebenarnya merupakan penyampaian
ilmu secara tidak langsung.
2.
Menunjukkan kenyakinan atau motivasi kepada pelajar. Melalui blog guru
dapat meluahkan kata-kata pujian dan semangat untuk pelajar. Pelajar
menjadi lebih berkenyakinan dengan menilai kata-kata semangat dari
gurunya.
3.
Meluahkan idea kepada rakan sejawat. kadang-kadang seseorang yang
pendiam merasa malu untuk meluahkan pendapat tetapi melalui blog
seseorang dapat meluahkan pendapat tanpa merasa malu.
4.
Berkomunikasi secara terus. Melalui blog individu itu bebas meluah
idea, pertanyaan atau menceritakan pengalamannya berkenaan dengan
sesuatu topik. Dengan cara ini "tuan punya blog" akan mendapat gambaran
dari pemberi cadangan atau pemberi pendapat dan boleh membuat beberapa
perubahan didalam proses pengeluaran.


No comments:
Post a Comment