myspace backgrounds
Myspace Backgrounds

Tuesday, 6 December 2011


Ya Allah Ya Rahim dari setinggi-tinggi dan selaut kasih sayang Mu,kau limpahkanlah rahmat jua keampunan Mu kepada setiap apa yang ku lalui. Berkatilah setiap suka duka yang ku lalui. Bermula dengan ketenangan, kebahagian,jiwa dan raga serta ketabahan menghadapi setiap dugaan Mu dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbalalamin.....


MASALAH PENGAJARAN DI BILIK DARJAH DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEMBANTU MENYELESAIKAN  MASALAH

PENDAHULUAN
Dunia hari  ini menyaksikan perkembangan  teknologi maklumat  (ICT) telah berkembang dengan pesat. Setiap maklumat yang dikehendaki hanya terletak dihujung jari,.Komputer antara alat pertama yang dikaitkan dengan dunia teknologo maklumat. Komputer beleh didefinisikan sebagai  sebuah mesin pemprosesan data    berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan (maklumat). Oleh itu, kedatangan era globalisasi ini secara tidak langsung telah mempengaruhi elemen pendidikan negara yang mana ia telah memainkan peranan penting dalam menjayakan misi dan visi negara ke arah  wawasan 2020. Kepelbagaian media dan metodologi yang digunakan di sekolah menjadikan interaksi antara guru dan murid berlaku dengan baik dan menarik.
MASALAH PENGAJARAN DI BILIK DARJAH
            Bilik darjah merupakan tempat yang paling tepat dan sesuai untuk menimba ilmu pengetahuan di sekolah. Namun begitu, dalam menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P), akan wujud masalah yang  akan dihadapi oleh guru-guru dan para pelajar. Disini saya akan membincangkan masalah pengajaran yang wujud dalam bilik darjah iaitu masalah komunikasi. Komunikasi merupakan salah satu elemen yang paling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Komunikasi di bawah konteks  pendididkan  boleh diertikan sebagai suatu proses penyampaian atau pertukaran maklumat di antara dua individu atau di antara seorang individu dengan sekumpulan orang.
Di dalam bilik darjah komunikasi berlaku di antara guru dengan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, atau di antara murid dengan murid semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Secara umumnya terdapat dua jenis komunikasi iaitu pertama komunikasi secara lisan dan kedua komunikasi bukan lisan.
 Pertama, komunikasi secara lisan melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan daripada seorang individu kepada seseorang atau sekumpulan pendengar. Di dalam bilik darjah, guru biasanya memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan murid-muridnya sebagai pendengar dan penerima. Komunikasi secara lisan ini hanya berkesan apabila maklumat atau idea diterima oleh murid-murid dengan jelas dan mudah difahami. Sehubungan dengan itu suara guru hendaklah jelas, kuat dan lantang. Di samping itu, perkataan-perkataan yang digunakan hendaklah ringkas dan mudah difahami oleh murid-muridnya.
            Kedua, komunikasi bukan lisan pula ialah penyampaian mesej melalui gerak isyarat, seperti isyarat tangan, gerak kepala,ungkapan muka dan dan sebagainya. Gerak isyarat yan positif ialah mengangguk kepala dan senyuman, kerana ia merupakan komunikasi secara bukan lisan yang boleh meningkatkan usaha murid dalam aktiviti pembelajarannya. Komunikasi seperti ini akan memberikan peneguhan positif kepada murid-murid yang berkenaan. Kebanyakan aktiviti P&P di dalam bilik darjah menggunakan kedua-dua jenis komunikasi ini. Contohnya, semasa aktiviti soal-jawab. Proses komunikasi berlaku di antara guru dengan murid dalam hampir semua aktiviti P&P seperti aktiviti perbincangan, penerangan, membaca,menyanyi,bercerita dan sebagainya.
            Oleh itu, adalah amat penting bagi seseorang guru itu cekap dan menguasai kemahiran berkomunikasi supaya dapat menyampaikan pengajaran secara efektif. Ini kerana dengan amalan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah ia akan dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P. Terdapat beberapa amalan komunikasi berkesan, di antaranya:
 Pertama - mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai.Dalam menjayakan proses P&P didalam bilik darjah, guru seharusnya menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai agar murid dapat menerima dan melalui proses pembelajaran dengan baik. Seseorang guru perlu memperaktikkan gaya kepimpinan demokratik. Guru yang mengamalkan gaya kepimpinan demokratik akan sedia berkongsi kuasa dengan murid-muridnya dalam pengurusan segala aktiviti yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Kedua- mengurus aktiviti kumpulan. Aktiviti berkumpulan merupakan satu aktiviti yang mana ia dapat menggalakkan interaksi pelbagai hala iaitu interaksi di antara guru dan murid, dan di antara murid dengan murid. Ini dapat dilihat bagaimana seseorang guru itu menggunakan kreativitinya untuk membina hubungan di antara guru dengan murid, murid dengan murid sepanjang aktiviti itu berjalan. Komunikasi yang berkesan di antara guru dan murid semasa aktiviti berkumpulan itu berlangsung akan menjadikan proses P&P berlaku dengan jayanya.       Ketiga- mengamalkan strategi berpusatkan murid. Strategi berpusatkan murid ialah strategi yang digunakan untuk melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Bagi menjayakan strategi ini, guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan seperti perbincangan, kaedah penyelesaiaan masalah, kaedah sumbangsaran dan sebagainya. Ini kerana apabila murid-murid melibatkan diri secara aktif dalamm aktiviti P&P komunikasi di antara murid dengan murid akan terbentuk. Dalam situasi ini, guru hanyalah berperanan sebagai pemudahcara kepada murid bagi menjayakan proses P&P
Keempat- mempelbagaikan kaedah pengajaran seperti perbincangan, bercerita, kaedah penerangan, permainan dan sebagainya. Dalam menjayakan proses P&P bagi mata pelajaran Pendidikan Islam seseorang guru itu perlu mempunyai kemampuan dan kreativiti dalam menyampaikan pembelajaran kepada  murid secara efektif. Pelbagai kaedah boleh digunakan bagi meningkatkan kefahaman murid mengenai sesuatu tajuk.
TEKNOLOGI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BILIK DARJAH
            Sejajar dengan kemajuan teknologi maklumat banyak faedah dan manfaat yang akan diperolehi oleh dunia pendidikan negara. Pelbagai media dan metedologi  yang boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah pengajaran dalam bilik darjah. Dalam konteks ini medium dari teknologi maklumat boleh diaplikasikan dalam aspek bahan bantu mengajar atau BBM. Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah.
Di samping kepesatan ledakan maklumat yang menyaksikan dunia tanpa sempadan, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini semakin menjadi sebahagian daripada amalan pendidikan kerana sumbangan dan faedahnya yang bukan sedikit kepada sektor pendidikan. Dengan menggunakan teknologi tinggi seperti komputer, persembahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan ‘power point’ dan sebagainya lebih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di minati oleh murid-murid kerana ia melibatkan video, audio yang dapat menunjukkan sesuatu maklumat yang disampaikan lebih jelas dengan visualnya.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan ABM lain seperti laptop,CD, DVD, MP3/MP4,LCD,E-mail dan sebagainya selagi mana ia releven dengan subjek yang diajar. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajar topik ‘Pengorbanan’ – murid boleh dipertontonkan dengan rakaman video  pengorbanan dari sudut haiwan melalui LCD berserta lagu. Kemudian guru berbincang sambil  memberi penerangan berkaitan topik tersebut. Ini bukan sahaja menarik minat murid tetapi juga ia memberi kefahaman yang lebih jelas kepada murid mengenai topik yang dipelajari. Dalam masa yang sama, murid-murid dapat didedahkan dengan perspektif yang berbeza mengenai topik itu seperti pengorbanan juga berlaku di dunia haiwan bukan sahaja di kalangan manusia. Hal ini secara tidak lansung,  murid-murid dapat diterapkan dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
PENUTUP
Kesimpulannya, teknologi maklumat banyak membantu dalam menjayakan aktiviti P&P di dalam bilik darjah. Namun begitu, para guru perlu memantau murid-murid ketika menggunakan teknologi computer. Ini kerana teknologi computer juga ada kelemahan dan kesan negatifnya kepada murid-murid yang menggunakanya dengan tujuan yang salah. Oleh itu, bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan nilai yang tidak baik maka para guru bertanggungjawab menerapkan nilai-nilai murni dan rohani agar mereka dapat mengamalkanya bukan sahaja ketika belajar tetapi juga dalam kehidupan seharian mereka.





Wednesday, 23 November 2011

Saturday, 29 October 2011

Keberkesanan Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran



Kemajuan teknologi maklumat pada hari ini telah memberi banyak kebaikan
terutama dalam bidang pendidikan. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji
keberkesanan teknologi maklumat dalam pencapaian pengajaran dan pembelajaran
sekolah menengah bestari. Kajian ini melibatkan pelajar tingkatan empat
dan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggung Ibrahim,
Batu Pahat, yang sedang mengambil aliran Sains Teknikal. Aspek kajian ini
meliputi tahap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran,
keberkesanan penggunaan teknologi maklumat, persepsi pelajar terhadap
penggunaan teknologi maklumat, masalah yang dihadapi dalam penggunaan
teknologi maklumat dan pandangan pelajar terhadap kemudahan teknologi
maklumat. Metodologi kajian adalah berdasarkan kepada soal selidik yang telah
dijalankan terhadap 52 orang responden yang dipilih secara rawak. Kajian mendapati
bahawa terdapat penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, dan penggunaannya berlaku secara sederhana dari segi
kekerapan penggunaan, penggunaan dalam setiap mata pelajaran dan penggunaan
peralatan teknologi seperti perakam video, slaid projector, radio atau kaset
audio. Tahap keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah berkesan berdasarkan kepada keupayaannya dalam
meningkatkan kefahaman, pencapaian ,kreativiti pelajar dan minat pelajar terhadap
bidang teknologi maklumat, kecuali bagi penggunaan audio dan animasi
yang mudah melencong tumpuan pelajar. Persepsi pelajar didapati menyokong
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Masalah
adalah melibatkan kerosakan peralatan dan talian internet. Manakala kemudahan
prasarana adalah mencukupi dan guru-guru adalah pakar dan terlatih
dalam pengendalian teknologi maklumat
KEPERLUAN GURU MEMPUNYAI BLOG SENDIRI

Pada pendapat saya, saya amat bersetuju jika seseorang guru mempunyai blog sendiri kerana seseorang guru itu dapat banyak manfaatnya. Namun ianya bergantung kepada keperluan semasa. Jika guru yang mengajar sekolah menengah saya rasa amat penting seseorang guru itu mempunyai blog, namun untuk guru yang mengajar sekolah rendah ianya bergantung kepada keperluan guru itu sendiri. Antara kebaikan mempunyai blog sendiri ialah :
1. Dapat meluahkan idea atau harapan kepada pelajar. Proses meluahkan idea mampu mencabar pemikiran pelajar dan sebenarnya merupakan penyampaian ilmu secara tidak langsung.
2. Menunjukkan kenyakinan atau motivasi kepada pelajar. Melalui blog guru dapat meluahkan kata-kata pujian dan semangat untuk pelajar. Pelajar menjadi lebih berkenyakinan dengan menilai kata-kata semangat dari gurunya.
3. Meluahkan idea kepada rakan sejawat. kadang-kadang seseorang yang pendiam merasa malu untuk meluahkan pendapat tetapi melalui blog seseorang dapat meluahkan pendapat tanpa merasa malu.
4. Berkomunikasi secara terus. Melalui blog individu itu bebas meluah idea, pertanyaan atau menceritakan pengalamannya berkenaan dengan sesuatu topik. Dengan cara ini "tuan punya blog" akan mendapat gambaran dari pemberi cadangan atau pemberi pendapat dan boleh membuat beberapa perubahan didalam proses pengeluaran.