MASALAH PENGAJARAN DI BILIK DARJAH
DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH
PENDAHULUAN
Dunia hari ini menyaksikan perkembangan
teknologi maklumat (ICT) telah berkembang dengan pesat. Setiap maklumat
yang dikehendaki hanya terletak dihujung jari,.Komputer antara alat pertama
yang dikaitkan dengan dunia teknologo maklumat. Komputer beleh didefinisikan
sebagai sebuah mesin pemprosesan data berelektronik
yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan
logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan
(maklumat). Oleh itu, kedatangan era globalisasi ini secara tidak langsung
telah mempengaruhi elemen pendidikan negara yang mana ia telah memainkan
peranan penting dalam menjayakan misi dan visi negara ke arah wawasan
2020. Kepelbagaian media dan metodologi yang digunakan di sekolah menjadikan
interaksi antara guru dan murid berlaku dengan baik dan menarik.
MASALAH
PENGAJARAN DI BILIK DARJAH
Bilik darjah merupakan tempat yang paling tepat dan sesuai untuk menimba ilmu
pengetahuan di sekolah. Namun begitu, dalam menjayakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P), akan wujud masalah yang akan dihadapi oleh
guru-guru dan para pelajar. Disini saya akan membincangkan masalah pengajaran
yang wujud dalam bilik darjah iaitu masalah komunikasi. Komunikasi merupakan salah
satu elemen yang paling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Komunikasi di bawah konteks pendididkan boleh diertikan
sebagai suatu proses penyampaian atau pertukaran maklumat di antara dua
individu atau di antara seorang individu dengan sekumpulan orang.
Di dalam bilik darjah komunikasi berlaku di antara guru
dengan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, atau di antara murid
dengan murid semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Secara umumnya terdapat dua
jenis komunikasi iaitu pertama komunikasi secara lisan dan kedua komunikasi
bukan lisan.
Pertama, komunikasi secara lisan melibatkan
proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan daripada seorang individu
kepada seseorang atau sekumpulan pendengar. Di dalam bilik darjah, guru
biasanya memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan murid-muridnya
sebagai pendengar dan penerima. Komunikasi secara lisan ini hanya berkesan
apabila maklumat atau idea diterima oleh murid-murid dengan jelas dan mudah
difahami. Sehubungan dengan itu suara guru hendaklah jelas, kuat dan lantang.
Di samping itu, perkataan-perkataan yang digunakan hendaklah ringkas dan mudah
difahami oleh murid-muridnya.
Kedua, komunikasi bukan lisan pula ialah penyampaian mesej melalui gerak
isyarat, seperti isyarat tangan, gerak kepala,ungkapan muka dan dan sebagainya.
Gerak isyarat yan positif ialah mengangguk kepala dan senyuman, kerana ia
merupakan komunikasi secara bukan lisan yang boleh meningkatkan usaha murid
dalam aktiviti pembelajarannya. Komunikasi seperti ini akan memberikan
peneguhan positif kepada murid-murid yang berkenaan. Kebanyakan aktiviti
P&P di dalam bilik darjah menggunakan kedua-dua jenis komunikasi ini.
Contohnya, semasa aktiviti soal-jawab. Proses komunikasi berlaku di antara guru
dengan murid dalam hampir semua aktiviti P&P seperti aktiviti perbincangan,
penerangan, membaca,menyanyi,bercerita dan sebagainya.
Oleh itu, adalah amat penting bagi seseorang guru itu cekap dan menguasai
kemahiran berkomunikasi supaya dapat menyampaikan pengajaran secara efektif.
Ini kerana dengan amalan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah ia akan
dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P. Terdapat beberapa
amalan komunikasi berkesan, di antaranya:
Pertama - mengamalkan gaya kepimpinan yang
sesuai.Dalam menjayakan proses P&P didalam bilik darjah, guru seharusnya
menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai agar murid dapat menerima dan melalui
proses pembelajaran dengan baik. Seseorang guru perlu memperaktikkan gaya
kepimpinan demokratik. Guru yang mengamalkan gaya kepimpinan demokratik akan
sedia berkongsi kuasa dengan murid-muridnya dalam pengurusan segala aktiviti
yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Kedua- mengurus aktiviti kumpulan.
Aktiviti berkumpulan merupakan satu aktiviti yang mana ia dapat menggalakkan
interaksi pelbagai hala iaitu interaksi di antara guru dan murid, dan di antara
murid dengan murid. Ini dapat dilihat bagaimana seseorang guru itu menggunakan
kreativitinya untuk membina hubungan di antara guru dengan murid, murid dengan
murid sepanjang aktiviti itu berjalan. Komunikasi yang berkesan di antara guru
dan murid semasa aktiviti berkumpulan itu berlangsung akan menjadikan proses
P&P berlaku dengan jayanya. Ketiga-
mengamalkan strategi berpusatkan murid. Strategi berpusatkan murid ialah
strategi yang digunakan untuk melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran mereka. Bagi menjayakan strategi ini, guru perlu menggunakan
pelbagai kaedah dan pendekatan seperti perbincangan, kaedah penyelesaiaan masalah,
kaedah sumbangsaran dan sebagainya. Ini kerana apabila murid-murid melibatkan
diri secara aktif dalamm aktiviti P&P komunikasi di antara murid dengan
murid akan terbentuk. Dalam situasi ini, guru hanyalah berperanan sebagai
pemudahcara kepada murid bagi menjayakan proses P&P
Keempat-
mempelbagaikan kaedah pengajaran seperti perbincangan, bercerita, kaedah
penerangan, permainan dan sebagainya. Dalam menjayakan proses P&P bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam seseorang guru itu perlu mempunyai kemampuan dan
kreativiti dalam menyampaikan pembelajaran kepada murid secara efektif.
Pelbagai kaedah boleh digunakan bagi meningkatkan kefahaman murid mengenai
sesuatu tajuk.
TEKNOLOGI
KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BILIK DARJAH
Sejajar dengan kemajuan teknologi maklumat banyak faedah dan manfaat yang akan
diperolehi oleh dunia pendidikan negara. Pelbagai media dan metedologi
yang boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah pengajaran dalam bilik darjah.
Dalam konteks ini medium dari teknologi maklumat boleh diaplikasikan dalam
aspek bahan bantu mengajar atau BBM. Bahan bantu mengajar ialah segala
kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan
pengajaran di dalam bilik darjah.
Di samping kepesatan ledakan maklumat yang menyaksikan dunia
tanpa sempadan, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini semakin
menjadi sebahagian daripada amalan pendidikan kerana sumbangan dan faedahnya
yang bukan sedikit kepada sektor pendidikan. Dengan menggunakan teknologi
tinggi seperti komputer, persembahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan
‘power point’ dan sebagainya lebih memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran di minati oleh murid-murid kerana ia melibatkan video, audio yang
dapat menunjukkan sesuatu maklumat yang disampaikan lebih jelas dengan
visualnya.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan ABM lain seperti
laptop,CD, DVD, MP3/MP4,LCD,E-mail dan sebagainya selagi mana ia releven dengan
subjek yang diajar. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajar topik
‘Pengorbanan’ – murid boleh dipertontonkan dengan rakaman video
pengorbanan dari sudut haiwan melalui LCD berserta lagu. Kemudian guru
berbincang sambil memberi penerangan berkaitan topik tersebut. Ini bukan
sahaja menarik minat murid tetapi juga ia memberi kefahaman yang lebih jelas
kepada murid mengenai topik yang dipelajari. Dalam masa yang sama, murid-murid
dapat didedahkan dengan perspektif yang berbeza mengenai topik itu seperti
pengorbanan juga berlaku di dunia haiwan bukan sahaja di kalangan manusia. Hal
ini secara tidak lansung, murid-murid dapat diterapkan dengan kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis.
PENUTUP
Kesimpulannya, teknologi maklumat banyak membantu dalam
menjayakan aktiviti P&P di dalam bilik darjah. Namun begitu, para guru
perlu memantau murid-murid ketika menggunakan teknologi computer. Ini kerana
teknologi computer juga ada kelemahan dan kesan negatifnya kepada murid-murid
yang menggunakanya dengan tujuan yang salah. Oleh itu, bagi mengelakkan mereka
terpengaruh dengan nilai yang tidak baik maka para guru bertanggungjawab
menerapkan nilai-nilai murni dan rohani agar mereka dapat mengamalkanya bukan
sahaja ketika belajar tetapi juga dalam kehidupan seharian mereka.


No comments:
Post a Comment